Ramai wanita yang mengimpikan diri dinobat
wanita solehah, tapi malang dalam ia mencari solehah ia tersilap langkah.
Sedang ia berusaha memperbaiki diri sendiri, tanpa disedari ia sedang
melumurkan najis pada hati sendiri. Kadang-kala hati bergelora inginkan
perubahan, namun malangnya kerana kaki yang masih belum mahir berenang,
akhirnya lemas di lautan dalam. Sebenarnya kenapakah anda berpurdah?cuba teliti,
mungkin ada salah satu jawapan dibawah :
- Mungkin kalian ingin menunjukkan pada orang lain bahawa kalian adalah solehah
- Mungkin kalian ingin menawan hati lelaki yang beriman
- Mungkin ingin dianggap sebagai seorang seorang gadis cantik, kerana kebiasaannya wanita berpurdah di kaitkan dengan seorang yang berwajah cantik
- Mungkin ingin lebih menonjol berbanding kawan-kawan yang tidak berpurdah
- Atau mungkin juga hanya kerana takut dirogol
Andaikata
salah satu jawapan diatas adalah selari dengan apa yang tersemai di hati
kalian, tahniah! kerana nafsu kalian telah berjaya menumpaskan iman.
Solehah
BUKAN Di Mata
Lelaki
bukan memandang solehah seorang wanita pada purdah yang dipakai, atau labuhnya
jubah yang digandal. Namun solehah itu terletak pada hati.Ramai dikalangan
wanita yang memakai purdah, tetapi apabila berbicara dengan lelaki, MasyaAllah!
jauh sekali dengan penampilan, hanya indah khabar dari rupa, hidup hanya untuk
sedap di pandang mata.Sahabat, bukan begitu caranya menjadi wanita solehah.
Tak
kurang juga yang memakai sarung lengan, sepatutnya bila kalian memakainya,
cubalah kalian sembunyikan menggunakan lengan baju dengan semampunya.Inikan
tidak, lengan baju yang elok kalian sinsingkannya(lipatkan untuk menampakkan
sarung lengan).Untuk apa?untuk menunjuk-nujuk?.Kalau begitu sama sahaja kalian
dengan Mami Jarum yang suka menunjukkan perhiasannya.Dan kalian akan
bersama-sama golongan seperti mereka menghirup azab api neraka.
Bukanlah
bermakna saya menafikan kebaikan berpurdah atau tidak menyukainya, namun
peringatan agar dalam melakukan sesuatu keharusan kita tidak menambahkan lagi
dosa.Biarlah sucinya hati itu sesuci pakaian yang ada di tubuhnya, walaupun
kita mengerti bahawa begitu sukar untuk mendapatkannya, tapi kita mesti
teruskan usaha.Sesungguhnya Allah senantiasa bersama sangkaan hambanya.
IKHLAS
Menutup Pintu Fitnah.
Pemakaian
purdah sebenarnya bertujuan untuk menutup pintu fitnah, bukan menambahkan lagi
kuantiti wanita yang bergelar solehah hanya di wajah.Sekalipun kalian
berpurdah, belum tentu kalian memakainya semata-mata kerana Allah,renungkanlah
apakah sikap dan sifat di bawah adalah kelakuan kalian :
- Suka mengupload gambar berpurdah/berpenampilan solehah di Facebook
- Menampakah wajah tanpa purdah kepada lelaki muhrim yang dicintai
- melalui Yahoo Mesengger atau sebagainya
- Memakai purdah hanya di tempat-tempat tertentu
- Memberikan gambar yang berpenampilan solehah kepada lelaki muhrim
Maksiat
Di Sebalik Tudung
Fenomena
yang tidak asing lagi mewarnai wanita bertudung, ada sebahagian wanita yang
mengambil kesempatan bertudung untuk melindungi dirinya daripada disangka buruk
bila bersama-sama dengan lelaki, sehingga tudung itulah yang dijadikan penutup
wajah lelaki yang bersembunyi di sebalik tudungnya, membenarkan teman lelaki
memuaskan nafsu serakahnya, bahkan ada yang jadikan tudung sebagai pakaian
untuk mengaburkan mata manusia daripada mengetahui bahawa ia sedang hamilkan
anak luar nikah. Wanita inilah yang menodai kesucian mereka yang benar-benar
memakainya kerana mematuhi syariat Allah. Demikianlah wanita yang bergelar
calon ahli neraka yang akan menerima azab siksaan hari akhirat nanti. Ambillah
nasihat yang baik daripada bicaraku ini.
“Sesungguhnya
Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri”
(Al-Baqarah [2]: ayat 222)
P/s :
Hanya sekadar perkongsian. Untuk dijadikan peringatan kepada diri ana dan
kepada sesiapa yang mula teralpa.
*
Dipetik dari Pihak Lain.