Followers

Jika Syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang..jika keampunan yang didamba, gerbangnya setia menanti…Usah gusar dugaan di hadapan..andai hati nekad mengejar cinta Ilahi..

Wednesday, July 11, 2012

~surat kpd ramadhan~

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang….

Alhamdulillah, di saat ini , Allah masih lagi memberi ruang dan peluang untuk kita sama-sama bertemu dengan yang ditunggu-tunggu ketibaannya, RAMADHAN.

Selamat datang bulan yang siang hari mulia.

Selamat datang bulan yang malamnya pun mulia.

Nafas dan tidur kita pun mendapat pahala. Dosa pun diampuni dan doa pun diterima.

Ingin ku titipkan surat cinta buatmu, Ramadhan..

Ramadhan,

Cintaku yang ditunggu-tunggu..

Setiap hari ku merinduimu, menantikan saat pertemuan dnganmu..

Setiap kali kau hadir, kau memberikan semangat baru kepada hamba2 Allah..

Syaitan- Syaitan yang selama ini tidak jemu-jemu menghasut, diikat,dirantai..

apa lagi alasan untuk manusia tidak beribadat kepda Allah dengan sepenuh hati..

Dan Tuhanku dan Tuhanmu telah memberikan keistimewaan kepadamu..

Lailatul qadar menjadi buruan..

Semoga ku bisa meraih keberkatanmu, yang dijanjikan Tuhanku..

Permulaanmu rahmat, pertengahanmu pengampunan dan pengakhiranmu pembebasan dari api jahanam..

Aku sedar,aku tahu, sangat ramai hamba Tuhanku berebut-rebut, berjihad sehabis mungkin utk mendaptkn janji itu..

Siapalah aku yang amal dan ilmuku hanya sebesar kuman, mungkin lebih sedikit..

Ya Allah, bantulah hambamu ini untuk turut tergolong dalam yg diberi rahmat, ampunan dan pembebasan itu..

Bila tiba saatnya nanti, semoga aku tidak akan mensia-siakanmu..

Sesungguhnya celakalah orang yang apabila kamu beredar, dia tidak mendapat apa-apa..

Nauzubillah, tidak mahu aku digelar celaka!Ku mengharapkan kita kan bertemu lagi ,meski hati ini berat untuk merelakan saatnya perpisahan,.

Aku pasti, saat- saat indah bersamamu tidak akan ku lupakan..

RAMADHAN.

Sunday, June 17, 2012

~IsRAq DaN mIkRaJ~

                        
Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Bimbingan Rohani menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.
Ringkasan peristiwa Israk dan Mikraj
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
3. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
* Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
* Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
* Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
* Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
* Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
* Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
* Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
* Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
* Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
* Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
* Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
* Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
* Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
2. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
3. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
4. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
5. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
6. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
7. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
9. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
4. Selepas Mikraj
Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)


Monday, May 14, 2012

~ Berpurdah Biar Bernilai Solehah ~


Ramai wanita yang mengimpikan diri dinobat wanita solehah, tapi malang dalam ia mencari solehah ia tersilap langkah. Sedang ia berusaha memperbaiki diri sendiri, tanpa disedari ia sedang melumurkan najis pada hati sendiri. Kadang-kala hati bergelora inginkan perubahan, namun malangnya kerana kaki yang masih belum mahir berenang, akhirnya lemas di lautan dalam. Sebenarnya kenapakah anda berpurdah?cuba teliti, mungkin ada salah satu jawapan dibawah :

  • Mungkin kalian ingin menunjukkan pada orang lain bahawa kalian adalah solehah
  • Mungkin kalian ingin menawan hati lelaki yang beriman
  • Mungkin ingin dianggap sebagai seorang seorang gadis cantik, kerana kebiasaannya wanita berpurdah di kaitkan dengan seorang yang berwajah cantik
  • Mungkin ingin lebih menonjol berbanding kawan-kawan yang tidak berpurdah
  • Atau mungkin juga hanya kerana takut dirogol


Andaikata salah satu jawapan diatas adalah selari dengan apa yang tersemai di hati kalian, tahniah! kerana nafsu kalian telah berjaya menumpaskan iman.

Solehah BUKAN Di Mata
Lelaki bukan memandang solehah seorang wanita pada purdah yang dipakai, atau labuhnya jubah yang digandal. Namun solehah itu terletak pada hati.Ramai dikalangan wanita yang memakai purdah, tetapi apabila berbicara dengan lelaki, MasyaAllah! jauh sekali dengan penampilan, hanya indah khabar dari rupa, hidup hanya untuk sedap di pandang mata.Sahabat, bukan begitu caranya menjadi wanita solehah.

Tak kurang juga yang memakai sarung lengan, sepatutnya bila kalian memakainya, cubalah kalian sembunyikan menggunakan lengan baju dengan semampunya.Inikan tidak, lengan baju yang elok kalian sinsingkannya(lipatkan untuk menampakkan sarung lengan).Untuk apa?untuk menunjuk-nujuk?.Kalau begitu sama sahaja kalian dengan Mami Jarum yang suka menunjukkan perhiasannya.Dan kalian akan bersama-sama golongan seperti mereka menghirup azab api neraka.

Bukanlah bermakna saya menafikan kebaikan berpurdah atau tidak menyukainya, namun peringatan agar dalam melakukan sesuatu keharusan kita tidak menambahkan lagi dosa.Biarlah sucinya hati itu sesuci pakaian yang ada di tubuhnya, walaupun kita mengerti bahawa begitu sukar untuk mendapatkannya, tapi kita mesti teruskan usaha.Sesungguhnya Allah senantiasa bersama sangkaan hambanya.

IKHLAS Menutup Pintu Fitnah.
Pemakaian purdah sebenarnya bertujuan untuk menutup pintu fitnah, bukan menambahkan lagi kuantiti wanita yang bergelar solehah hanya di wajah.Sekalipun kalian berpurdah, belum tentu kalian memakainya semata-mata kerana Allah,renungkanlah apakah sikap dan sifat di bawah adalah kelakuan kalian :

  • Suka mengupload gambar berpurdah/berpenampilan solehah di Facebook
  • Menampakah wajah tanpa purdah kepada lelaki muhrim yang dicintai
  • melalui Yahoo Mesengger atau sebagainya
  • Memakai purdah hanya di tempat-tempat tertentu
  • Memberikan gambar yang berpenampilan solehah kepada lelaki muhrim
Andaikata salah satu atau lebih daripada ciri-ciri yang saya berikan adalah wujud dalam diri kalian, maka muhasabahlah dan bertaubatlah kepada Allah memohon keampunan.Sesungguhnya mereka yang berpurdah itu hakikatnya mereka ingin menutup pintu fitnah pada diri mereka, tidak ingin dilihat oleh lelaki sekalipun wajah itu adalah ruangan halal untuk di zahirkan.Apatah lagi untuk dikongsi-kongsikan. kenapakah kalian tidak pernah terfikir di benak fikiran?

Maksiat Di Sebalik Tudung
Fenomena yang tidak asing lagi mewarnai wanita bertudung, ada sebahagian wanita yang mengambil kesempatan bertudung untuk melindungi dirinya daripada disangka buruk bila bersama-sama dengan lelaki, sehingga tudung itulah yang dijadikan penutup wajah lelaki yang bersembunyi di sebalik tudungnya, membenarkan teman lelaki memuaskan nafsu serakahnya, bahkan ada yang jadikan tudung sebagai pakaian untuk mengaburkan mata manusia daripada mengetahui bahawa ia sedang hamilkan anak luar nikah. Wanita inilah yang menodai kesucian mereka yang benar-benar memakainya kerana mematuhi syariat Allah. Demikianlah wanita yang bergelar calon ahli neraka yang akan menerima azab siksaan hari akhirat nanti. Ambillah nasihat yang baik daripada bicaraku ini.

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri” (Al-Baqarah [2]: ayat 222)

P/s : Hanya sekadar perkongsian. Untuk dijadikan peringatan kepada diri ana dan kepada sesiapa yang mula teralpa.



* Dipetik dari Pihak Lain.


Tuesday, April 17, 2012

Ketika “Kubaca Firman Persaudaraan”

ketika kubaca firman-Nya, “sungguh tiap mukmin bersaudara”

aku merasa, kadang ukhuwah tak perlu di risaukan

tak perlu, karena ia hanyalah akibat dari iman

aku ingat pertemuan pertama kita

dalam dua detik, dua detik saja

aku telah merasakan perkenalan, bahkan kesepakatan
itulah ruh-ruh kita yang saling sapa, berpeluk mesra
dengan iman yang menyala, mereka telah mufakat
meski lisan belum saling sebut nama, dan tangan belum berjabatya, kubaca lagi firman-Nya, “Sungguh tiap mukmin bersaudara”

aku makin tahu, persaudaraan tak perlu dirisaukan
karena saat ikatan melemah, saat keakraban kita merapuh
saat salam terasa menyakitkan, saat kebersamaan serasa siksaan
saat pemberian bagai bara api, saat kebaikan justru melukai

aku tahu, yang rombeng bukan ukhuwah kita

hanya iman-iman kita yang sedang sakit, atau mengerdil

mungkin dua – duanya, mungkin kau saja
tentulah terlebih sering, imankulah yang compang – camping

kubaca firman persaudaraan

dan aku makin tahu, mengapa di kala lain diancamkan;

‘para kekasih pada hari itu, sebagian menjadi musuh sebagian yang lain…
kecuali orang – orang yang bertaqwa”

(Salim A. Fillah, dalam buku “Dalam Dekapan UKHUWAH”)
Maka dari itu, sebaik-baik ukhuwah itu adalah pertemuan (bukan sms, telfon, dll) dan selemah-lemahnya adalah bait doa pada saudara kita.. Jika yang menautkan ukhuwah ini adalah perasaan kita, maka wajarlah jika segalanya kembali pada perasaan kita ketika ukhuwah itu runtuh. Namun ketika itu adalah iman, adalah ikatan persaudaraan kita sebagai sesama muslim, adalah sebab “aku mencintaimu kerna Allah”, maka kiat menjaganya adalah satu hal penting, jagalah ruhiyah kita:)

Saturday, March 10, 2012

Salam Imtihan


Assalamualaikum kwn2,,skrng nieyh mesti korg tgh stdy kn,,almklumkn imtihan awal menjelang lagi tuk sem yg kedua,,ak break kejap nk kongsi2 ngn korang yang bakal menduduki peperiksaan ni aku doakan agar korang dapat menjawab dengan tenang dan lancar. Hehe
Sebenarnya banyak persediaan yang korang boleh lakukan sebelum peperiksaan tu untuk menghilangkan rasa gemuruh korang tuh. Aku tahu antara kita mesti ada yang sibuk pergi tandas, lepas tu ada yang sakit perut la, dan macam-macam lagi ragam..hihihi
Kat sini aku nak share beberapa tips yang aku harap dapat mengurangkan sedikit rasa gemuruh korang tu. Aku harap dengan sedikit perkongsian ni dapat la mengurangkan tekanan yang korang nak hadapi waktu nak jawab peperiksaan nanti. Nak bagi soalan ramalan or soalan yang bocor aku tak tahu pulak kan, jadi aku bagi sedikit tips yang dapat mengurangkan gemuruh ok la kan. hehe
Study awal / Bersedia awal
Pastikan korang study dengan awal k. Jangan study last minute macam yang aku selalu buat. Hehe. Biasanya kalau study last minute ni memang nerves nak masuk dewan peperiksaan tu. Lagi-lagi la kalau korang tahu ada tajuk yang korang tak sempat nak cover.
Tenangkan fikiran
Jangan fikir yang bukan-bukan sebelum korang masuk dewan peperiksaan tu. Pastikan minda korang betul-betul tenang, dan cuba jangan terlalu menghafal sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan tu. Rilex dan yakinkan diri korang yang korang mampu untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan.
Jangan berbincang
Kalau boleh, korang jangan berbincang mengenai subjek yang bakal korang duduki. Biasanya kalau time berbincang ni la terkeluar satu dua soalan yang korang rasa belum sempat cover lagi. Pastu mula la minda mula rasa gelabah macam mana kalau soalan tu betul-betul keluar dalam soalan nanti.
Berdoa kepada Allah
Yang ni paling penting. Sentiasa berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan korang dalam nak menduduki peperiksaan ni. Bila segala korang dah lakukan, korang berserah kepada Allah agar segala persediaan korang diberkati. Ingat, usaha, doa dan tawakal.
Harap dengan apa yang aku kongsikan ni, dapat la mengurangkan sedikit sebanyak rasa gemuruh korang dalam nak menduduki imtihan ni. Selamat b’juang kwn2,,,insyaallah kejayaan milik kita bersama,, J   
                                                                                                      
Usaha + berdoa + tawakal insyaallah,,

J caiyok2!!caiyok!! bitaufiq wannajah p imtihan,, J

Thursday, March 8, 2012

Malunya Aku padaMu

Tika seluruh alam masih lagi sunyi,                                                    
Tika manusia sedang lena dibuai mimpi,
Tika sang rumput masih lagi basah disirami embun,
Tika sang suria masih belum memancarkan sinar,
Ku gagahi diri bangun, untuk sujud menghina diri dihadapanMu
Ya Allah, aku cemburu!
babyBetapa kerdilnya aku di hadapanMu,
Langit dan bumiMu terbentang seluas mata memandang,
Subhanallah, aku tertunduk malu..
Malu denganMu ya Allah,
Aku malu dengan segala makhluk ciptaanMu,

Aku malu pada pohon-pohon hijau,
Aku malu pada batu-batuan
Kerana 'mereka' tidak pernah henti berzikir memujiMu
Tapi aku??
Aku merasa tersindir pada alam sekelilingiku,
Aku merasa tersindir dengan ketaatan makhluk ciptaanMu,
Aku tertunduk malu,
Aku malu Ya Allah,
Aku hanya manusia hina,
Hanya dijadikan dari setitis air mani yang hina,
Aku manusia lalai yang leka dengan arus dunia,
Allahuakbar, lemahnya hambaMu ini,
Ya Allah, aku cemburu!
Aku cemburu kepada mereka,
Mereka yang mempunyai hati yang dipenuhi cinta padaMu,
Mereka yang mempunyai semangat juang yang tinggi,
Mereka yang mempunyai iman yang tebal,
Mereka yang gigih berusaha mencari ilmu,
Mereka yang tanpa jemu menyebarkan kalamMu,
Mereka yang tidak gentar dengan jalan juang yg penuh ranjau,
Mereka yang tak penah kecewa dengan ejekan manusia,
Mereka yang mempunyai semangat jihad yang tinggi,
Kerena apa??
Kerana hati mereka asyik dalam manisnya cintaMu,
Kerana hati mereka tenggelam dalam kasih sayangMu,
Namun aku?
Dalam kesamaran terumbang-ambing mencari jalan,
Jalan untuk aku berubah,
Jalan untuk aku 'renovate' sejadah iman yang telah koyak,
Jalan untuk aku membersihkan sekeping hati ,
Hati yang penuh dengan titik-titik hitam,
Aku perlukan kekuatan dariMu Allah,
Kekuatan untuk aku mengatur langkah hidupku,
Agar aku tidak kecundang dgn arus dunia,
Tetapi aku sedar,
Perjuangan seorang hamba bukan mudah,
Ianya bukan dihampar dengan permaidani indah,
Tapi dipenuhi dgn jalan yang berduri.
Aku menadah tangan menghina diri dihadapanMu,
Aku merayu dan mengemis kepada-Mu,
Agar diampunkan segala dosa-dosaku,
Agar dihadiahi walau setitis cinta dariMu,
Ya Robbi berikanku kekuatan agar aku menjadi hamba yang disayangiMu.