hr ini aku t'tarik ngn artikel nieyh,,,dan aku nk kongsi b’sma2
kawan2,,emm iman ngn nafsu mne yg lebih pnting??msti imn kn,,jom kite bc
p'bualan antara Iman ngn diri sendiri,,selamat mmbaca semua,, :)
Di sebuah pejabat....
Iman : Assalamualaikum..
Diri Sendiri : Waalaikumsalam...Encik Iman, lama tak nampak, kamu
cuti ke?
Iman : Eh, tidaklah bos, bukan ke saya dicutikan?
Diri Sendiri : Owh, ye..saya lupa..tulah...akhir-akhir nie saya
asyik teringatkan kamu, Iman. Semalam pun masa saya dengar ceramah di TV saya
teringatkan kamu.
Iman : Owh, betul ke bos? Jadi saya boleh bekerja semula lah ni?
Boleh ke saya ambil jawatan saya semula daripada Encik Nafsu.
Diri Sendiri : Eh, tak boleh, saya tak sanggup nak pecat Encik
Nafsu.. walaupun terpaksa bayar gaji yang tinggi, tetapi Encik Nafsu berjaya
menghiburkan saya.
Iman : Bos memang terhibur, tapi saya tengok syarikat ni makin
mundur, kalau terus
begini, bos boleh muflis, sedikit demi sedikit perubahan Encik
Nafsu buat, mula-
mula dia bubar Unit Solat Sunat, sekarang saya tengok dia berusaha
satu-persatu untuk bubar Unit Solat Fardhu pula... itu baru Jabatan
solat...belum lagi jabatan-jabatan yang lain.
Diri Sendiri : Hmm... saya ingat dengan mengambil Encik Nafsu
bekerja, akan lebih tenang dan tersusun, tetapi makin tidak terurus... saya
betul-betul tidak tahu nak buat apa...
Iman : Bos kena ambil saya bekerja semula... dan prestasi saya
serta kita semua tidak akan meningkat tanpa jabatan-jabatan yang bos ada
sekarang....lebih-lebih lagi Jabatan Solat...Bos kena lakukan sesuatu...jangan
dengar kata Encik Nafsu lagi...
Diri Sendiri : Apa kata kamu bekerja sama dengan Encik Nafsu?
Iman : Maaf bos, secara sunnatullahnya, saya tidak akan pernah
bekerja sama dengan Encik Nafsu dalam satu syarikat...dia akan menentang saya
habis-habisan..bos sendiri yang sebenarnya berkuasa melawan dan memecat Encik
Nafsu...
Diri Sendiri :Tiada penyelesaian lain nampaknya...=(
Iman : Benar, bos... Bos perlu bermujahadah untuk melawan perasaan
sayang pada Encik Nafsu dan memecat dia... hakikatnya dia hanya
mengkucar-kacirkan syarikat... melainkan bos mampu mendidik dia untuk menjadi
baik dan menuruti arahan saya...
Diri Sendiri : Baiklah, saya tidak mampu mengendalikan semuanya
seorang diri, saya perlukan kamu Encik Iman... mulai hari ini kamu ambil semula
jawatan kamu...saya akan selalu menasihati Encik Nafsu untuk menurut perintah
kamu=)
Iman : Alhamdulillah, mudah-mudahan dengan mujahadah bos akan
menaikkan pangkat bos kepada peringkat Muttaqin oleh CEO(Allah SWT) kita.
Hakikatnya, kitalah bos pada diri sendiri..kita yang menentukan
untuk memilih mana yang baik dan yang buruk...kitalah yang mengubah diri
sendiri kerana Allah hanya akan mengubah sesuatu kaum apabila mereka sendiri
yang berusaha untuk berubah... Bermujahadahlah dalam erti kata yang
sebenar...bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat supaya taubat yang kita
lakukan tidak memerlukan taubat yang kedua... Hayatilah firman Allah SWT dalam
surah Ar-Ra'du, ayat 11...=)
~copy n paste~
No comments:
Post a Comment