Followers

Jika Syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang..jika keampunan yang didamba, gerbangnya setia menanti…Usah gusar dugaan di hadapan..andai hati nekad mengejar cinta Ilahi..

Friday, January 20, 2012

jaulah tautan hati ^^,

UMM QAYS
         Ape yg menariknye ttg kota Umm Qays ni sbnanye dia merupakan salah satu bandar dlm Liga Dekapolis (pd zaman Rom). Kalo ikut buku ni, katenye kota ini penah dikuasai oleh 4 empayar besar yakni; Greek, Rom, Byzantium dan Islam. Batuan hitam(Igneous) dlm binaan tu telah digunakan oleh Rom Greek manakala batuan putih(lime stone) digunakan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah. Kita dpt lihat Bukit Golan dan Tasik Tobari dgn jelas dari bukit kota Umm Qays. Bukit Golan ni pernah jadi rebutan antara Jordan, Syria dan Israel. Barangsiapa yg dpt menawan bukit tersebut maka dia akan dapat menawan tasik Tobari itu (sumber bekalan air). Sekarang datarannya dimiliki oleh Israel Laknatullah pd 1970 dlm peperangan Yum Kippur dan kaki bukitnya dimiliki Syria (Quneitra).


itu bukit golan. maaf,lupa nk fokus pd tasik tobari.

                        itu bukit Golan...maaf ye xnmpk tasik tobari agpom kabus time 2,,heeeeee,,


 AJLUN
       AJLUN merupakan sebuah muhafazah(negeri) yg t'letak diutara negara Jordan.Negeri ini bersempadan dengan mahfuzah Irbid dan jerash.Ajlun terdapat kota pertahanan yang kekal kukuh dikenali dengan Qala'ah Ar-Rabad.Ia terletak disebuah pucak bukit, 5km dari pusat bandar Ajlun.

D
                                                       

                 naik dgn coster br sampai kota Ajlun tu.tinggi btol nk p kota dye,,heeeee



D


yeahh,,itu dia kota arrabad tp sygg xsempt nk masuk,,heeee,,agpom smpai kt s2 lewat,,juz dgr citer sjarah dye dr us Firdaus,,insyaallah lau de rezeki dapat gak tuk jelajah kota Arrabad.
   
    Jom kita knl sjarah kota ArRabad.Kota ini telah dibina oleh Panglima Izzudi Usamah merupakan anak saudara kepada panglima Sallehuddin Al-Ayubi.Izzudin Usamah sbgai pemimpin yg hebat disebabkan beliau b'jaya menguasai jalan perdagangan antara syria hingga Selatan negara jordan pada ketika itu.Tujuan Kota Arrabad ini dibina ialah untuk mengitip pergerakkan tentera salib san sebagai kota yg b'fungsi sebagai penguasaan terhadap lombong2 besi yg tdpt di pergunungan Ajlun.
      Al-Malik adil telah mengambil alih kota ini di antara tahun 1198 hingga 1218,Kemudian ini diperintah oleh Muazzam isa dan beliau menmbahkan sebuah lagi menara di bahagian barat daya pada tahun 611hijrah.Selepas perang salib ,sebahagian kota ini telah roboh dan telah dimusnahkan oleh tentera MOngol sekitar tahun 1260 masihi. Namun ia dibina semula ketika zaman pemerintahan kerajaan Mamluk oleh Sultan Zahir Baibar.
      Pada abad ke-17 kota ini dijadikan penempatan tentera oleh kerajaan Turki Uthmaniah dan kini kerajaan Jordan telah membelanjakan wang yg bnyak untuk membaik pulih kota ini dan menjadikan ia sebagai salah satu lokasi sejarah utama di negara Jordan..

KOTA JERASH,,

     Tahun 63 sebelum masihi, Jerash dikuasai oleh Jeneral Pompeii dari rum Timur yg menukar nama Jerash kpd gerasa.Pada 636 masihi merupakan detik dimana islam menguasai Jerash dan kegemilangannya ternyata pada zaman Umawiyyah.Ia terkenal sebagai lombong perak dan gangsa disamping kawasan industri tembikar.Antara binaan yang kekal ialah masjid Umawiyyah Jerash antara masjid tertua di Jordan.Pada zaman Turki Uthmaniah bandar ini dipelihara dan masjid telah didirikan.Jerash telah menjadi daerah dibawah kerajaan Jordan mencapai kemerdekaan pada tahun 1946.Jerash menjadi sebuah tapak arkeologi utama di Jordan


pintu masuk ke kota jerash

Kesan tinggalan sejarah kota jerash :

Arka Hadrian (hadrian's Arch) : dibina bersempena lawatan Maharaja Hadrian ke Gerasa pada tahun 129 masihi.Arka ini dibina sebagai gerbang utama di bahagian selantan.

Rumah-rumah Umawiytah : Dihujung barat Decumunus selatan merupakan penempatan awal kerajaan Islam Umawiyah yang diduduki sejak 660 hingga 880 masihi.

Masjid umawiyah (Umayyad Mosque) : disebelah kanan dibelakang 4 tiang corinthian ialah satu-satunya masjid di Kota Jerash yang dikenali sebagai masjid Umawiyyah.Ia dibina pada kurun ke-7 atau kurun ke-8.Masjid itu dibina daripada bahan2 yg diambil dr rumah2 Rum.


hanya 3tempat shj dpt jelajah,,insyaallah lau de rezeki Aqobah n petra lak mnjd tmpt sasaranku,,heeee,,,,,

No comments: