Followers

Jika Syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang..jika keampunan yang didamba, gerbangnya setia menanti…Usah gusar dugaan di hadapan..andai hati nekad mengejar cinta Ilahi..

Friday, January 20, 2012

~Wanita~


Wanita – oleh: Dehearty
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan saja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepada untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin
Lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datang nya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Engkaulah wanita istimewa
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita
Mengharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


Wanita adalah pelengkap hidup bagi kaum adam. Sememangnya fitrah kejadian wanita adalah sebagai penenang hati dan penyejuk mata bagi mereka. Allah swt telah berfirman dalam kalamNya yang bermaksud “Dan di antara kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (Ar-Rum: 21)
Wanita perlukan bimbingan dari kaum lelaki kerana akalnya yang tipis bermaksud mudah berbuat sesuatu dengan kata hati iaitu mengikut perasaan. Iman wanita juga adakalanya menurun disebabkan ada waktu-waktu yang ibadahnya kurang.
Oleh itu kaum lelaki perlu mendidik mereka dengan penuh hikmah iaitu dengan nasihat yang baik, beri mereka kasih sayang dan jagan sekali-kali memukul mereka dengan kejam. Kaum lelaki juga tidak boleh terlalu memanjakan wanita dengan harta dan pujian atas kelebihannya kerana ia tidak akan kekal malah akan musnah ditelan masa.


No comments: